makan TAPI kurus


7 makanan yang membantu untuk pembakaran lemak ialah:

Bawang putih/merah
Bawang mengandungi anti bakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.

Tomato
Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet.

Putih telur
Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.

Lada
Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.

Anggur
Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang.

Lobak merah
Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak.

Timun
Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik.












 
IKUT SUKA HATI ANISOALAN ^^,

Hantar Qila Balik Politeknik JB

hello semua ! assalammualaikum ^^

(macam ramai je yang nak masuk blog aku nie haha apa-apa pun korang layan aje la ye)

minggu kemarin otak nie dah buntu tak tahu nak buat apa dah weeknd. and last buat keputusan nak ikot pegi anta Qila balik JB. tapi ayah keja pulak jadi apa lagi, mintak along balik la minggu tu haha. naik kereta baru oO. mak, aku, fiq, qila and along pegi. ayah aje yang tinggal kesian ayah tak pernah tinggal sorang-sorang kot sebelum nie. dalam perjalanan apa lagi aku pun melaram la dengan camera canon yang kami adik beradik beli kemarin haha.


gambar awan pun nak amik (abaikan yeee)

berhenti sarapan kat rnr kami makan mee sup sedap la gak

along ku - time nie kami beli limau bali kat area melaka

nie mamat bajet adik ku yang bongsu

nie red girl and kat depan tu mak kami !

nie first time tau aku hantar red girl nie balik JB. sebelum-sebelum nie tak pernah sebab malas nak buang masa dalam kereta berjam-jam. ya ampun ! along bawak kereta buat aku pening seh and muntah !! dah lama tak muntah kalau naik kereta. (masa kecik-kecik dulu lain la)

" le tour de langkawi malaysia 2012 "
tengok-tengok jangan jeles. lepas abis deorang berbasikal, deorang makan kat benteng nasi briani batu pahat yang terkenal tu laa.. tahu tak?kalau tak tahu search kat google. comfm keluar. emm along pun amik peluang nak amik gambar dengan basikal atas kereta nie haha.


okey lah papai ^^

IKUT SUKA HATI ANISOALAN ^^,